Apakah beza penggunaan "di atas" dan "atas"?
Di atas = menunjukkan arah atau kedudukan
atas = lingkungan yang tidak mempunyai arah seperti perkara, bahasa, peristiwa, bidang, dan sebagainya
Contoh ayat :
1) Buku itu diletakkan di atas meja Syakila
2) Kartina memohon maaf atas kesalahan yang tidak disengajakan
Kesimpulannya, betul atau salah ayat "di atas batu kuukir namamu, sayang.."?
begitu juga dengan penggunaan kuukir daripada dua perkataan, iaitu aku ukir. Namun ejaan kuukir dieja rapat, dan bukan ku ukir...
BalasPadam